Tangisan Air Mata GOT7 BamBam Di Bangkok, Sebab Apa?
Ahli GOT7, BamBam mengalirkan air mata ketika berlangsungnya ‘GOT7 Nestival 2018’ di Bangkok, Thailand baru-baru ini…
Ahli GOT7, BamBam mengalirkan air mata ketika berlangsungnya ‘GOT7 Nestival 2018’ di Bangkok, Thailand baru-baru ini.
Dia dalam ucapannya jelas melahirkan rasa kesal apabila dia tidak dapat memberikan yang terbaik buat semua.
Dia juga mengakui berasa sangat penat dari segi fizikl dan mental namun sempat berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokongnya.
Saat dia mengalirkan air mata, ahli-ahli GOT7 yang lain segera menenangkannya.
“Saat ini adalah masa yang sangat stress buat saya dan kesihatan saya juga tidak begitu baik.
“Jadi bila saya sakit dan mempunyai terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan menjelang akhir tahun namun tidak boleh melakukan yang terbaik membuatkan saya merasakan bahawa saya bukanlah yang terbaik.
“Saya ingin sekali membuat yang terbaik supaya korang semua boleh lihat terutama mereka yang sering menyokong saya. Terima kasih,” katanya.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






