Kakak EXO Chanyeol Muat Naik Foto Kahwin Tapi…
Kakak kepada ahli EXO Chanyeol, Park Yoora berkongsi foto semasa resepsi perkahwinannya tempoh hari…
Kakak kepada ahli EXO Chanyeol, Park Yoora berkongsi foto semasa resepsi perkahwinannya tempoh hari.
Menerusi kapsyen dia mengatakan bahawa itu semua adalah foto daripada album kahwinnya yang baru diperolehinya. Kelihatan Yoora sangat gembira di hari bahagianya itu.
Bagaimanapun, dalam foto-foto tersebut terselit juga sebuah foto yang melihatkan adiknya, Chanyeol seakan ingin memberikan ucapan semasa majlis resepsi tersebut.
Susulan itu, kelihatan ramai yang meninggalkan komen mengenai foto yang satu itu. Dalam pada itu, netizen juga sempat memuji kecantikan Yoora.
Untuk pengetahuan, Yoora juga merupakan seorang pembaca berita di sebuah stesen televisyen tempatan di Korea.
Sumber: IG
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




