“Tak Sabar Nak Tengok Big Bang Comeback,” – Komen Netizen Bila Tengok Daesung Dan Taeyang ‘Perform’ Di ‘Army’
Baru-baru ini, dua daripada ahli Big Bang iaitu Taeyang dan Daesung mengubati kerinduan VIP (peminat Big Bang) apabila membuat persembahan dalam satu program khas tentera, hujung minggu lalu…
Baru-baru ini, dua daripada ahli Big Bang iaitu Taeyang dan Daesung mengubati kerinduan VIP (peminat Big Bang) apabila membuat persembahan dalam satu program khas tentera, hujung minggu lalu.
Kedua-dua mereka menyanyikan lagu solo mereka iaitu Ringga Lingga (Taeyang) dan Look At Me Gwisun sebelum mengakhiri persembahan mereka menerusi lagu Bang Bang Bang dan Fantastic Baby.
Walaupun hanya berdua, namun kehangatan yang dibawakan memang sangat best sekali.
Walaupun, nama Big Bang dan YG Entertainment agak terpalit dengan skandal yang melanda bekas maknae mereka, Seungri namun ternyata ramai yang merindui grup Big Bang.
Perkara itu dapat dilihat di ruangan komen di mana rata-rata peminat melahirkan rasa tidak sabar untuk menyaksikan grup tersebut comeback di industri seni Korea Selatan.
Untuk pengetahuan, kesemua ahli Big Bang iaitu T.O.P, G-Dragon, Taeyang dan Daesung kini berada di dalam tentera bagi menjalankan khidmat masyarakat mereka. Dijangka kesemua mereka bakal keluar tahun ini.
Sumber: Youtube
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




