“Kami Banyak Kekurangan,” – TWICE Jihyo Bila Menang ‘Song Of The Year’ Di MAMA2018
Semalam merupakan malam yang sangat emosional buat grup TWICE apabila mereka membawa pulang salah satu Daesang award di 2018 Mnet Asian Music Award (MAMA 2018)…
Semalam merupakan malam yang sangat emosional buat grup TWICE apabila mereka membawa pulang salah satu Daesang award di 2018 Mnet Asian Music Award (MAMA 2018).
Saat berjalan untuk mengambil anugerah itu, kelihatan ketua grup Jihyo berusaha untuk tidak mengalirkan air mata.
Namun, dia tetap kalah saat memberikan ucapann mengatakan mereka masih banyak kekurangan untuk membawa pulang anugerah sebesar itu.
“Wow, seriuslah..kami adalah grup yang mempunyai banyak kekurangan namun saya sepenuh hati ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi kami anugerah ini.
“Masih banyak lagi artis lain, malah melihatkan persembahan mereka pada malam ini, mereka berhempas-pulas untuk mempromosikan lagu mereka membuatkan saya tertanya-tanya sama ada kami layak untuk dapat trofi ini.
“Terima kasih kerana memberi kami 3 anugerah di MAMA2018.
“Terlalu ramai orang yang saya ingin berterima kasih namun yang paling saya hargai adalah ahli TWICE sendiri.
“Disebabkan jadual kami yang sibuk, saya merasakan kami semua penat dari segi mental, fizikal dan emosi. Saya ingin memberitahu ahli saya yang menjadi tempat saya berpegang dan kekal kuat, ‘terima kasih dan anda semua dah buat yang terbaik’.
“Kepada Once, terima kasih kerana sering menyaksikan kami di atas pentas dengan senyuman dan berikan kami kasih sayang yang tak berbelah bahagi.
“Walaupun saya dah kata banyak kali, tapi terima kasih seikhlasnya, ramai kata mereka mendapat kekuatan melihat kami di atas pentas namun sumber kekuatan kami adalah para peminat kami,” katanya.

Selain itu, grup itu turut membawa pulang anugerah ‘Best Female Group’ dan ‘Best Female Group Dance Performance.

Foto: Twitter
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






