Antara Perkara Menarik Berlaku Semasa BTOB Fan Meeting In Kuala Lumpur
Grup Kpop popular Korea Selatan, BTOB atau Born To Beat buat julung kalinya mengadakan Fan-meeting bersama para peminat mereka (Melody) hari ini…
Grup Kpop popular Korea Selatan, BTOB atau Born To Beat buat julung kalinya mengadakan Fan-meeting bersama para peminat mereka (Melody) hari ini.
Bertempat di MITEC, peminat mula berkumpul di kawasan tersebut bermula tengah hari lagi. Semangat betut! Sedangkan program bermula jam 5 petang kot.
Apa-apapun, K-variety yakin yang semua Melody yang hadir pada malam ini puas hati dengan kesemua ahli BTOB kan? Bukan sahaja mereka sangat bertenaga malah juga sangat playful dan banyak berinteraksi dengan fans.
Oleh itu, K-Variety ingin berkongsi antara momen-momen menarik yang berlaku semasa BTOB fan-meeting in Malaysia, sebentar tadi.
1.BTOB muncul di ata pentas berpakaian sut berwarna hijau dan menyanyikan lagu Missing you. K-Variety sangat kagum denga Melody yang begitu buat bersorak fan-chant lagu tersebut.
2.Saat memperkenalkan diri, boleh dikatakan kesemua ahli BTOB cuba berbahasa Inggeris. Malah mereka juga sempat bertanya sekiranya Melody merindui mereka. Jawapannya tentulah ya!
3.Saat melakukan persembahan, kelihatan aksi nakal Sungjae, Changsub, Peniel Ilhoon di atas pentas sementara menanti turn mereka untuk menyanyi.
4.Kemunculan MC pada malam itu iaitu penyampai radio Era membuatkan ahli BTOB terpegun seketika, malah kelihatan Sungjae agk sukar untuk menyebut nama Hani. Sambil itu, Peniel juga banyak kali mengatakan dia sukakan kasut Hani.

5.Hani sempat mengajar BTOB beberapa perkataan bahasa melayu tapi dalam cara yang comel gitu. Antaranya adalah saya sayaaaaanng awak, Saya lapaaaa, Leklu… cepat sikit, stress. Nampaknya member semua suka sangat ayat leklu tu.
6. Ada beberapa lucky fans yang dapat naik atas pentas dan bersalam dengan BTOB weh! Kalau K-Variety lah dah pengsan dulu gamaknya.
7.Terdapat beberapa game yang sempat dimain bersama peminat, paling best masa game teka lagu BTOB. Ramai yang mencuba nasib.
8.Sewaktu segmen lucky draw, BTOB sempat buat beatbox dgn nyanyi masa nak umumkan pemenang. Last-last Hyung-sik cakap “We are singer”.

9.Masa pemenang ambil hadiah atas pentas, Sungjae si escort waktu nak turun pentas. Very gentleman lah!
10.Changsub asyik cakap ‘okay okay okay okay’ je sampai habis satu dewan ikut sekali. OH! dia juga memang dance battle dengan Sungjae tau!

11.Serius dorang punya vocal…OMG! best gila! waktu part Eunkwang, semua member hala mic kat Melody minta dorang tolong nyanyikan.
12.Final ment, semua member harap dapat jumpa lagi Melody di Malaysia dan juga mendoakan agar semua fans sentiasa berada dalam keadaan sihat.
13.Sementara tunggu encore, semua melody menyanyikan satu lagu sementara menanti encore, lepas tu, Peniel balas balik dan semua member muncul atas pentas dengan bunga ros di tangan.
14.Melody jadi ‘gila’ sebentar bila BTOB start turun pentas dan baling bunga ros pada peminat. K-Variety antara yang beruntung lah dapat bunga ros tersebut. Happy gila sebab bias sendiri bagi kot!

15.Sebelum pulang, BTOB berada di bawah pentas dan peminat berpeluang untuk mengucapkan bye bye kepada ahli grup tersebut! Memang night to remember sangat!

Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






