“Sejak Berlakon, Mak-Mak Pun Minat Saya,” – EXO D.O
Ahli grup EXO, D.O mengakui bahawa sejak aktif berlakon, dia kini mula mendapat peminat dari semua linkungan usia…
Ahli grup EXO, D.O mengakui bahawa sejak aktif berlakon, dia kini mula mendapat peminat dari semua lingkungan usia.
Sebagai pelakon, D.O aktif mengadakan interview untuk mempromosikan filem terbarunya, Swing Kids. Susulan itu, dia mengakui bahawa ‘mak-mak’ juga kini semakin ramai yang meminatinya.
“Selalunya peminat saya dalam lingkungan usia belasan tahun atau 20-an yang perasan saya ni EXO, D.O. Tapi sekarang ‘mak-mak’ pun minat saya juga.
“Baru-baru ini saya ada bertemu ramai ‘mak-mak’ semasa ‘fan-sign’ dan ia sangat menyeronokkan,” katanya.
Tambahnya lagi, dia mempunyai misi tersendiri dalam karier lakonannya.
“Saya ingin menyebarkan tenaga dan mesej kepada mereka yang melihat saya berlakon. Untuk itu, saya rasa saya patut cuba pelbagai jenis karakter yang boleh saya mainkan di usia saya sekarang.
“Tak kisahlah jika ia melodrama, nor atau drama apa-apa sahaja,” katanya lagi.
Wow! patutlah karakter D.O asyik berubah-rubah. Apa-apapun, tak sabar nak tengok filem baru D.O!
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






