“Kami Tak Bayar” – Konsert BTS di Busan Ada Masalah Lagi?
siapakah yang bertanggungjawab untuk membayar segala kos lebihan untuk konsert tersebut…
Ahhh sudah!
Konsert BTS yang akan diadakan di Busan pada 15 Oktober kini berdepan dengan satu lagi masalah iaitu siapakah yang bertanggungjawab untuk membayar segala kos lebihan untuk konsert tersebut.

Memetik Naver, dipercayai kos keseluruhan untuk konsert grup yang popular dengan lagu DNA itu adalah sebanyak 7 Billion KRW. Bagaimanapun, pihak berwajib Busan dan juga jawatankuasa bidaan mengatakan bahawa mereka hanya menaja dari segi pengangkutan dan tempat tinggal sahaja.
“Saya difahamkan bahawa Hive adalah agensi Hive bertanggungjawab untuk menampung kos konsert ini kerana mereka adalah penganjur,” kata wakil jawatankuasa bidaan dan juga pihak Kota Busan.
Untuk pengetahuan, konsert BTS di Busan ini adalah percuma dimana peminat di seluruh dunia boleh menontonnya dengan menebus tiket di WeVerse, Liveplay, Zepeto dan NaverNow Livestream.
Sementara itu, para peminat meluahkan rasa tidak puas hati mereka di laman Twitter.
Apa pendapat anda?
Baca juga.
Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…
“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…
May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…







