“Kenapa Dorang Baling Benda Ni,” Super Junior Shindong Dedah Perkara Pelik Semasa Konsert
Seringkali kita melihat para peminat jadi ‘gila’ semasa konsert…
Seringkali kita melihat para peminat jadi ‘gila’ semasa konsert. Bagaimanapun, ahli Super Junior, Shindong mendedahkan satu pengalaman yang tak dapat dilupakan semasa konsert di Amerika Syarikat.
Dia berkongsi pengalaman tersebut di dalam rancangan Radio Star yang disiarkan pada 7 September 2022.
“Masa itu Super Junior ada konsert di Amerika Selatan, masa tengah menyanyi di atas pentas, tiba-tiba ada peminat angkat tangan dia ke atas dan buka pakaian dalam dia sebelum campak ke atas pentas. Serius saya tak tahu nak beri reaksi apa.
“Ahli yang lain pun tak terkata bila lihat ramai peminat campak benda-benda yang tak sepatutnya di atas pentas. Akhirnya, kami terpaksa minta agar mereka tidak berbuat demikian sebab rasa tak selesa sangat,” dedahnya.

Sementara itu, tiket jualan Konsert Super Junior di Malaysia yang bakal berlangsung pada 10 Oktober ini akan mula dijual pada esok, 9 September pada jam 12 tengah hari.
Baca juga.
Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…
“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…
May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…








