Tak Saman – Ini Keputusan Kes Buli Bekas Ahli (G)I-Dle, Soojin
Tahun lalu, gempar apabila bekas ahli grup (G)I-Dle, Soojin terlibat dengaan kes buli rakan sekolahnya…
Tahun lalu, gempar apabila bekas ahli grup (G)I-Dle, Soojin terlibat dengaan kes buli rakan sekolahnya. Malah, disebabkan kes itu juga, dia mengambil keputusan untuk mengundur diri dari grup tersebut pada Ogos tahun lalu dan seterusnya keluar dari Cube Entertainment pada Mac tahun ini.
Bagaimanapun, hari ini, wakil undang-undang Soojin iaitu Barun Law LLC tampil dengan satu kenyataan berkaitan dengan kes tersebut.
“Awal tahun lalu, salah seorang ahli keluarga bekas rakan sekolah Cik Seo (Soojin) mendedahkan di media sosial mengenai kes buli antara Cik Seo dan mangsa. Susulan itu, Cik Seo menegaskan bahawa dia tidak pernah membuli sesiapa akan tetapi ada menggunakan bahasa yang kasar semasa bergaduh dengan mangsa dalam satu perbualan telefon.
“Namun begitu, Cik Seo kemudian memohon maaf di atas kekasaran bahasa itu. Untuk tuduhan lain seperti menggunakan kekerasan, meminta duit atau barangan pula, Cik Seo menegaskan bahawa dia tidak pernah berbuat demikian dan tidak akan meminta maaf untuk perkara tersebut.
“Semasa Cik Seo di tahun pertama sekolah menengah, dia pernah disoal siasat untuk tuduhan membuli namun setelah siasatan dijalankan, ternyata dia juga adalah mangsa maka dia tidak dikenakan sebarang tindakan.
“Mengenai tuduhan buli baru-baru ini, tiada bukti berjaya dikemukakan dan setelah berbincang dengan pihak peguam, Cik Seo tidak akan menyaman pihak terbabit. Dia memahami bahawa mungkin bekas rakan sekolahnya berasa tersakiti dan dia dengan rasa rendah diri memohon maaf kepada rakan sekolahnya.
” Selain itu, Cik Seo juga memohon maaf terhadap para peminat yang turut terluka dengan perbuatannya dan akan terus memperbaiki dirinya pada masa akan datang,” tulis kenyataan tersebut.
Sementara itu, konsert (G)I-Dle di Malaysia akan diadakan di Zepp, KL pada jam 8.30 malam. Seronoknya!
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






