“Takpe Kalau Jadi Janda,” Youtuber Ini Dedah Kehidupan Setelah Bercerai
Pelawak dan Youtuber, Kang Yu Mi berkongsi kehidupannya setelah 6 bulan menjadi seorang janda menerusi saluran YouTube miliknya, Yunmi Kang…
Pelawak dan Youtuber, Kang Yu Mi berkongsi kehidupannya setelah 6 bulan menjadi seorang janda menerusi saluran YouTube miliknya, Yunmi Kang.
Kongsinya, dalam tempoh awal penceraiannya, dia mempunyai perasaan separuh penuh kebencian manakala separuh lagi penuh penyesalan.
“Kalau saya sakit, tiada orang yang boleh bawa saya ke hospital. Tak kan nak menyusahkan orang lain pula. Semua benda kena buat sendiri. Kalau pergi beli daging, tak payah fikir pasal gred apa atau pasal penjual macam mana saya kena beli.
“Takpe kalau jadi janda, kenapa dengan title itu? Takde benda pun kan? Saya hanya perlu teruskan kehidupan jalani kehidupan seharian mengikut kemahuan saya.
“Jika satu hari nanti, anda harus bercerai. Jangan malu, jangan takut. Teruskan kehidupan anda seperti biasa. Jangan rasa rendah diri atau malu dengan orang,” kongsinya.

Terdahulu, Kang Yu Mi berkahwin dengan bekas suaminya yang bukan selebriti pada Ogos 2019. Mereka mengambil keputusan untuk bercerai, 3 tahun kemudian.
Sumber: Naver
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






