Choi Sung Kook Dedah Teman Wanita 24 Tahun Lebih Muda
Orang kata, kalau dah jodoh memang tak ke manalah jawabnya…
Orang kata, kalau dah jodoh memang tak ke manalah jawabnya.
Pelakon veteran, Choi Sung Kook mendedahkan perihal teman wanitanya yang merupakan 24 tahun lebih muda daripadanya di dalam satu rancangan realiti Chosun’s Romantist.

Dipercayai, pada mulanya dia keberatan untuk mendedahkan perkara tersebut namun berasakan bahawa lambat-laun orang ramai akan tetap mengetahui perkara ini.
“Saya tak mahu kecoh-kecoh sebab setiap orang ada strereotaip masing-masing. Awak tahu kenapa saya sertai rancangan ini? Sebab PD cakap jika saya berkahwin dengan dia, jurang umur antara saya dan dia (teman wanita) akan tetap diketahui umum, kemudian orang juga akan tetap berkata-kata dan ada tanggapan mereka sendiri.
“Jadi lebih baik jika saya yang dedahkan sendiri dan cerita dengan orang. Dan saya rasa perkara itu munasabah,” katanya.
Choi Sung Kook sebelum ini terlibat dengan drama seperti Playfull Kiss, Hi! School: Love On dan banyak lagi.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






