Pelakon Lee Hak Joo Bakal Berkahwin November Ini!
Pelakon meningkat naik, Lee Hak Joo bakal menamatkan zaman bujangnya November ini dengan teman wanita bukan selebritinya…
Pelakon meningkat naik, Lee Hak Joo bakal menamatkan zaman bujangnya November ini dengan teman wanita bukan selebritinya.
Memetik Naver Entertainment, perkara tersebut turut disahkan oleh agensinya, SM C&C dalam satu kenyataan.
“November ini, pelakon Lee Hak Joo akan memasuki fasa baru di dalam hidupnya. Bakal suri hatinya adalah bukan selebriti dan mereka sudah berjanji untuk kekal bersama dan terus mencintainya sepanjang hayat mereka,” kata kenyataan tersebut.
Majlis resepsi akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat sahaja. Segala info lain mengenai majlis tersebut tidak dikongsi kepada umum.
Pelakon tersebut mula dikenali melalui drama The World of The Married, My Name, Memories of Alhambra dan banyak lagi.
end
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






