Kang Sung Wok Bakal Dipenjara 5 Tahun Kerana Serangan Seksual
Pelakon musikal, Kang Sung Wook dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan serangan seksual. ..
Pelakon musikal, Kang Sung Wook dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan serangan seksual.
Menerusi laporan media, insiden tersebut berlaku di Busan pada Ogos 2017 lalu apabila dia bersama temannya makan malan di sebuah restoran. Kemudian, dia mengajak dua orang wanita ke rumah kawannya.
Salah seorang wanita tersebut pulang awal dan ketika mangsa cuba untuk pulang, pelakon tersebut menghalang dan mula menyerang secara seksual wanita tersebut.
Setelah wanita tersebut memfailkan laporan terhadap pelakon tersebut, dia memanggil mangsa dengan panggilan pisau cukur dan mengugut tiada siapa yang akan mempercayainya.
Susulan itu, Mahkamah Seoul mendapati bahawa mangsa sering konsisten dengan jawapan dan menjatuhi hukuman tersebut kepada Kang Sung Wook. Setakat ini, pelakon itu kini akan membuat rayuan.
Sebelum ini, Kang Sung Wook turut dikenali menerusi lakonannya dalam muzikal seperti Phantom Of The Opera, Goddes is Watching, Heart Signal dan drama, Marry Me Now
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



