Kangta Kena Gosip Dengan Woo Joo Ahn & Jung Yoo Mi?
Awal pagi tadi, kecoh apabila video mesra Kangta dengan model kereta lumba, Woo Joo Ahn di sebuah sauna dimuat naik dan kemudia dipadam oleh model tersebut…
Awal pagi tadi, kecoh apabila video mesra Kangta dengan model kereta lumba, Woo Joo Ahn di sebuah sauna dimuat naik dan kemudia dipadam oleh model tersebut.
Susulan itu, agensi Kangta iaitu SM Entertainment segera memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.
“Hubungan mereka sudah berakhir beberapa tahun lalu and kami difahamkan bahawa Woo Joo Ahn memuat naik video tersebut secara tak sengaja dan segera memadamnya,” tulis kenyataan tersebut.
Tidak lama kemudian, media melaporkan bahawa Kangta sebenarnya bercinta dengan pelakon, Jung Yoo Mi dan hubungan tersebut telah berlangsung selama 2 tahun lamanya.
Mereka diperkenalkan oleh teman-teman sebelum mengambil keputusan untuk bercinta.
Namun begitu, agensi Jung Yoo Mi, Ace Factory menafikan perkara tersebut menerusi satu kenyataan.
“Khabar angin yang mengatakan Jung Yoo Mi dan Kangta bercinta adalah salah, mereka hanyalah berkawan rapat,” kata kenyataan tersebut.
Sementara itu, Kangta akan comeback secara solo pada 4 Ogos ini dengan lagu Love Song.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



