Katy Perry Jadi Mangsa BTS ‘Army’ Sebab Panggil Mereka ‘Budak’. Siapa Yang Tak Chill?
Semalam merupakan konsert KISS FM Jingle Ball yang menyaksikan kehadiran BTS sebagai salah seorang artis yang melakukan persembahan…
Semalam merupakan konsert KISS FM Jingle Ball yang menyaksikan kehadiran BTS sebagai salah seorang artis yang melakukan persembahan.
Sejurus selepas BTS membuat persembahan, tibalah giliran Katy Perry pula di atas pentas. Bagaimanapun, penyanyi lagu Roar tersebut menyebut sesuatu yang membuatkan para peminat BTS marah lantas mengambil keputusan untuk meninggalkan kawasan tersebut.
“Anda (Army) semua sepatutnya gembira kerana dapat tidur lewat malam ini,” katanya.
Kata-katanya itu dianggap tidak sopan memandangkan Katy seolah-olah mengejek peminat Kpop ini terdiri daripada budak-budak bawah umur.
Susulan itu, Army mengambil keputusan untuk meninggalkan premis berkenaan sebagai tanda protes terhadap kata-kata Katy itu.
Namun begitu, ada juga yang masih tinggal akan tetapi memberikan ‘black ocean’ dan tidak langsung memberikan reaksi terhadap persembahan Katy.
Susulan itu, ada yang menyokong tindakan Army mengatakan bahawa penyanyi itu memang layak dilayan sedemikan rupa.
Bagaimanapun, ada juga peminat yang mengatakan bahawa tindakan Army itu tidak chill kerana Katy hanya bergurau sahaja.
So…apa pendapat korang?
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




![Tiket CAT 2 & 3 Winner [Cross] In Kuala Lumpur Habis Dijual!](https://kvarietym.wordpress.com/wp-content/uploads/2019/12/k-variety-1.png?w=1200)
