Tiket CAT 2 & 3 Winner [Cross] In Kuala Lumpur Habis Dijual!
Nama grup Winner bukanlah calang-calang di kalangan peminat Kpop apatah lagi mereka merupakan salah satu artis di bawah naungan YG Entertainment…
Nama grup Winner bukanlah calang-calang di kalangan peminat Kpop apatah lagi mereka merupakan salah satu artis di bawah naungan YG Entertainment.
Terdiri daripada empat orang anak muda iaitu Mino, Yoon, Jino dan Hoony, mereka terus melakar sejarah bersama kelab peminat yang dikenali sebagai Inner Circle.
Saat penganjur, IME MY mengumumkan konsert Winner di Malaysia, Januari depan ternyata ramai peminat yang tidak sabar untuk menyaksikan persembahan empat anak muda ini di atas pentas tanah air.

Dan semestinya, aura mereka di Malaysia cukup kuat apabila tiket konsert mereka iaitu CAT 2 & 3 telah ‘sold out’. Maka, dinasihatkan kepada Inner Circle supaya pantas bertindak jika ingin melihat ‘oppa’ mereka beraksi live di depan mata.
Untuk pengetahuan, konsert tersebut bakal berlangsung pada 18 Januari depan bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula jam 6 petang.
Tiket pula boleh didapati serendah RM287 namun memandangkan CAT 2 & 3 telahpun habis maka tiket yang tinggal hanyalah CAT1 (RM587), Cross Zone (RM657) dan VIP (RM717). Jualan tiket hanya dihadkan sebanyak 8 tiket sahaja untuk satu pembelian.
Untuk info lanjut boleh follow media sosial IME MY ya! Good luck Inner Circle!
Foto: IME
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...
![Tiket CAT 2 & 3 Winner [Cross] In Kuala Lumpur Habis Dijual!](https://kvarietym.wordpress.com/wp-content/uploads/2019/12/k-variety-1.png?w=1200)



