Kawan Sejati, 2PM Nichkhun Selamba Transfer Duit RM225,500 Pada Wooyoung
Orang cakap kawan yang sejati memang susah nak dicari…
Orang cakap kawan yang sejati memang susah nak dicari.
Baru-baru ini di dalam rancangan Beat Coin, para pesertanya dikehendaki untuk mencari rakan-rakan atau ahli keluarga yang boleh memberi pinjaman wang sebanyak RM322,208 (10 juta won) kepada mereka.
Oleh itu, ahli 2PM Wooyoung kemudiannya menelefon Nichkhun bagi menjayakan misi tersebut. Dia pada mulanya hanya meminta separuh daripada jumlah tersebut. Nichkhun kemudiannya tanpa banyak soal terus bersetuju malah sempat bertanyakan sama ada Wooyoung di dalam masalah besar.

Kemudian, rakan Best Coin yang lain menyuruh Wooyoung untuk meminta lebih banyak jumlah iaitu RM225, 500 (70 juta won). Sekali lagi Nichkhun tidak keberatan untuk berikan namun sempat juga bertanyakan dalam nada bergurau jika dia ada terlibat dengan jenayah yang tidak baik.
Setelah perbualan mereka tamat, Wooyoung sempat meluahkan rasa risau kerana ‘hyung’nya itu terlalu mempercayai.

Sumber: Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






