Park Min Young Khabar Angin Bercinta, Agensi Masih Tak Bagi Respon
Pelakon, Park Min Young dilaporkan sedang bercinta dengan seorang seseorang yang dikhabarkan sangat kaya dikenali sebagai Encik Kang Mo…
Pelakon, Park Min Young dilaporkan sedang bercinta dengan seorang seseorang yang dikhabarkan sangat kaya dikenali sebagai Encik Kang.
Memetik Naver Entertainment, pasangan tersebut sering berdating di kawasan Wonju, Gangwon, Cheongdam-dong dan juga Seoul.

Dlam pada itu, dipercayai bahawa adik Park Min Young juga ada terpalit sama dengan Encik Kang apabila dia disenaraikan sebagai Pengarah Luar di salah satu syarikat dipercayai milik Encik Kang.
Malah, menguatkan lagi dakwaan apabila adik Encik Kang merupakan pemegang saham terbesar dan wakil syarikat tersebut.
Setakat ini, agensi Park Min Young iaitu Hook Entertainment hanya memberikan respon yang pendek mengenai perkara tersebut.
“Park Min Young kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Love In Contract oleh itu dia tidak boleh memberikan sebarang kenyataan sekarang. Dia juga memohon maaf kerana perkara ini,” kata kenyataan tersebut.

Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






