Kecoh Bila Semua Artis YG Berkumpul Di Syarikat, Netizen Terus Spekulasi…
Isu berkaitan dengan syarikat YG Entertainment sentiasa mendapat perhatian netizen apatah lagi terlalu banyak skandal berkaitan dengan artis-artis di bawah label mereka itu…
Isu berkaitan dengan syarikat YG Entertainment sentiasa mendapat perhatian netizen apatah lagi terlalu banyak skandal berkaitan dengan artis-artis di bawah label mereka itu.
Terbaru, netizen perasan bahawa semua artis di bawah naungan syarikat tersebut berkumpul di premis berkenaan pada hujung minggu lalu.
Susulan itu, netizen membuat spekulasi bahawa semua artis tersebut diminta hadir untuk menjalankan ujian saringan air kencing bagi mengenal pasti sama ada mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Namun, ada yang beranggapan perjumpaan besar-besaran itu bertujuan untuk membincangkan sama ad aartis-artis di bawah naungan mereka ingin tamatkan kontrak ataupun setia bersama syarikat.
Bagaimanapun, YG stan masih lagi memberikan kepercayaan kepada syarikat tersebut dan berharap agar mereka dapat bangkit kembali.
Sebelum ini, pakar mengatakan bahawa YG rugi dan berhutang berbillion KRW menyebabkan mereka kini berdepan dengan masalah kewangan yang serius.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



