Peminat Risau Bila Viral Video Baekhyun Jalan Terhencut-Hencut Tapi Rupa-Rupanya…
Grup EXO sememangnya merupakan salah satu kumpulan yang popular tidak hanya di Korea Selatan tetapi di serata dunia…
Grup EXO sememangnya merupakan salah satu kumpulan yang popular tidak hanya di Korea Selatan tetapi di serata dunia.
Oleh itu, sudah menjadi kelaziman ahli grup tersebut yang tidak mendapat rehat yang secukupnya hingga mendatangkan kecederaan pada diri sendiri.
Baru-baru ini, viral di media sosial menunjukkan salah seorang ahli grup tersebut iaitu Baekhyun yang jalan terhencut-hencut hingga terpaksa dipapah seseorang membuatkan peminat berspekulasi bahawa penyanyi lagu UN Village itu tercedera di bahawa belakang ataupun kaki.
Untuk pengetahuan, Baekhyun kini sibuk dengan persiapan comeback EXO untuk single Jepun dan juga dia terlibat sebagai ketua grup khas, Super M.
Tidak mahu netizen terus risau dengan keadaan kesihatannya, Baekhyun menerangkan situasi sebenar di dalam video tersebut menerusi laman Twitter peribadinya.
Katanya, dia duduk terlalu lama di dalam kereta membuatkan kakinya kejang dan sukar untuk berjalan.
Bagaimanapun, peminat masih tidak berpuas hati dan menuduh labelnya mungkin menyalahgunakan twitter peribadi penyanyi tersebut.
Ini kerana umum mengetahui bahawa Baekhyun merupakan iphone user namun status di laman tersebut adalah menggunakan android.
Serius hebat betul bila knets buat siasatan. Approved!
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



