“Keep Your Promise!”- Ucap Peminat Bila YG Umum Blackpink Bakal Muncul Dengan EP Album…
Pengasas YG Entertainment, Yang Hyun Suk mengeluarkan kenyataan bahawa grup Blackpink bakal muncul dengan EP album pertama mereka Mac ini…
Pengasas YG Entertainment, Yang Hyun Suk mengeluarkan kenyataan bahawa grup Blackpink bakal muncul dengan EP album pertama mereka Mac ini.
Dalam kenyataan itu juga, YG turut meminta maaf kepada Blink (kelab peminat Blackpink) kerana tidak berupaya memenuhi hasrat mereka selama ini.
“Kami merancang untuk mengeluarkan EP album Blackpink antara pertengahan hingga hujung Mac.
“Ia adalah EP album dan mempunyai lagu yang banyak.
“Saya sedar dan memahami keinginan peminat yang inginkan grup itu muncul dengan lagu baru dengan kerap memandangkan mereka tidak mempunyai banyak lagu sepanjang aktif dalam industri.
“Ramai juga yang memohon agar Blackpink muncul dengan album penuh dan saya sentiasa rasa bersalah kerana tidak dapat memenuhi kemahuan tersebut,” tulisnya dalam kenyataan tersebut.
Susulan itu, ramai peminat berterima kasih kepada YG namun pada masa yang sama meminta agar dia menunaikan janjinya.

Dalam perkembangan lain, Blackpink kini sibuk dengan konsert jelajah mereka, ‘Blackpink In Your Area’.
Grup yang dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose juga bakal menjejakkan kaki ke Malaysia pada 23 & 24 Februari untuk konsert sulung mereka di Malaysia.
Foto: Carian Google
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





