Ramai ‘Refund’ Tiket Konsert Big Bang Seungri Di Seoul Sebagai Protes?
Nampaknya isu yang melanda maknae grup Big Bang, Seungri sangat tidak baik untuk aktiviti solonya…
Nampaknya isu yang melanda maknae grup Big Bang, Seungri sangat tidak baik untuk aktiviti solonya.
Difahamkan, ramai pemilik tiket solo konsert Seungri di Seoul ingin ‘refund’ semula tiket mereka susulan kontroversi yang melanda penyanyi lagu 1, 2, 3! itu.
Konsert yang bakal berlangsung pada 16 & 17 Februari itu menyaksi tempat duduk yang masih belum berjual sebanyak 394 dan 454 tiket. Tidak cukup itu, ada juga peminat yang telah membeli tiket ingin ‘refund tiket tersebut!
Alahai! Kasihannya Seungri. Apa taknya, konsert ini bukan sahaja konsert solo pertamanya malah juga ‘event’ terakhir sebelum dia menjalani khidmat ketenteraan.
Sebelum ini, pihak Seungri memberikan kenyataan mengenai isu kelab Burning Sun yang didakwa berkasar dengan pelanggan mereka.
“Saya tidak berada di tempat kejadian. Saya hanya terlibat sebagai direktor untuk tujuan promosi sahaja dan tidak terlibat dengan cara pengurusan dan operasi di kelab tersebut.
“Sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah, saya akan bertanggungjawab kelak,” tulis kenyataan tersebut.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






