“Kerana Wanna One, Anak Saya Dapat Hidup…,” – Menangis Baca Surat Ibu Pesakit Jantung Kepada Grup Itu
Yayasan Jantung Korea berkongsi surat ibu kepada seorang pesakit jantung yang kini selamat menjalani pembedahan setelah dibantu oleh grup Wanna One…
Yayasan Jantung Korea berkongsi surat ibu kepada seorang pesakit jantung yang kini selamat menjalani pembedahan setelah dibantu oleh grup Wanna One.
Menerusi satu kenyataan, Yayasan tersebut mendedahkan bahawa grup yang popular dengan lagu ‘Energetic’ itu mendermakan wang sebanyak 100 juta KRW dan berjaya menyelamatkan 33 pesakit.
“Wang yang didermakan oleh Wanna One tahun lalu berjaya menyelamatkan 33 orang pesakit. Kempen ‘The Heart Light’ diasaskan oleh ketua grup, Jisung akan selama-lamanya diingati oleh para pesakit,” kata kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, Yayasan itu juga turut berkongsi surat yang menyentuh hati ibu salah seorang pesakit apabila anaknya diselamatkan oleh wang yang didermakan itu.
“Kepada Wanna One, saya tak tahu nak gambarkan betapa saya amat berterima kasih kepada anda semua. Tiada apa yang boleh saya katakan selain daripada terima kasih dan terima kasih.
“Saya adalah ibu kepada salah seorang pesakit. Dia menjalani pembedahan injap paru-paru pada Ogos tahun lalu. Sebagai seorang ibu kepada pesakit jantung, amatlah menyedihkan apabila melihat anak anda terpaksa menghadapi kesakitan dan dibedah.
“Pembedahan ini adalah kali ketiganya. Bagaimanapun, pembedahan ini akan menjadi yang paling diingati kerana disebabkan Wanna One, anak saya dapat hidup.
“Terima kasih. Ini semua adalah hasil penat lelah Yayasan Jantung Korea dan juga sokongan Wanna One. Saya juga akan turut menyokong karier muzik anda.
“Saya akan membesarkan anak saya supaya murah hati dan dapat membalas kebaikan anda semua di masa akan datang.
“Terima kasih dan saya harap anda semua sihat selalu dan sukses dalam karier muzik anda, Terima kasih,” tulisnya.
Sumber: Koreaboo
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



