Seungri Hadapi 7 Tuduhan, Antaranya Adalah Pelacuran!
Bekas ahli Big Bang, Seungri berdepan dengan tujuh tuduhan oleh Polis Pusat Daerah Seoul, semalam…
Bekas ahli Big Bang, Seungri berdepan dengan tujuh tuduhan oleh Polis Pusat Daerah Seoul, semalam.
Kesemua tuduhan tersebut kini sudah dikemukakan kepada pendakwa raya.
Antara tuduhan yang diterimanya adalah, menyewa pelacur, memfitnah individu lain untuk pelacuran, menggelapkan wang perniagaan untuk membayar peguam, mengelapkan dana kelab ‘Burning Sun’, cubaan memusnahkan bukti, penyebaran kandungan seksual haram di media sosial, pelanggaran sanitasi makanan.
Selain Seungri, bekas rakan niaganya, Yoo In Suk turut berdepan dengan tuduhan memfitnah individu lain untuk pelacuran bersama dengan empat individu lain.
Pada mulanya, Seungri juga berdepan dengan tuduhan menyewa sendiri pelacur berikutan parti hari jadinya yang menyaksikan kelibat pelacur namun polis mengambil keputusan untuk tidak meneruskan tuduhan tersebut.
Terdahulu, bekas maknae grup Big Bang itu dikritik ramai setelah isu kelab ‘Burning Sun’ tersebar pada awal tahun ini.
Sejak itu, satu demi satu aktiviti ‘gelap’ membabitkan’ Seungri diketahui ramai membuatkan dia mengambil keputusan untuk bersara daripada industri muzik.
Sementara itu, Seungri juga sepatutnya menjalani latihan khidmat negaranya namun telah menangguhkan perkara itu sehingga kes ini selesai.
sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



