“Kim Hanbin Akan Tinggalkan iKON Dan Tamatkan Kontrak,” – YG Entertainment
Susulan daripada pengumuman pengunduran yang dilakukan ketua grup iKON, Kim Han Bin atau lebih dikenali sebagai B.I hari ini, syarikat rakamannya, YG Entertainment juga turut mengesahkan perkara tersebut…
Susulan daripada pengumuman pengunduran yang dilakukan ketua grup iKON, Kim Han Bin atau lebih dikenali sebagai B.I hari ini, syarikat rakamannya, YG Entertainment juga turut mengesahkan perkara tersebut.
Di dalam kenyataan rasmi mereka hari ini, pihak mereka turut meminta maaf kepada masyarakat di atas isu tersebut.
“Ini adalah YG Entertainment. Kami memohon maaf kepada semua yang kecewa dengan isu melibatkan salah seorang artis pengurusan kami, Kim Han Bin.
“Kim Han Bin berasa amat bertanggungjawab di atas isu ini dan bertanggungjawab sepenuhnya. Syarikat kami memandang serius perkara ini dan memutuskan untuk dia meninggalkan grup iKON serta menamatkan kontrak dengan syarikat ini.
“Kami akan lebih bertanggungjawab terhadap artis-artis kami. Sekali lagi, minta maaf,” tulis kenyataan tersebut.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




