Isu Skandal Dadah, iKON B.I Umum Bakal Tinggalkan Grup
Ketua grup iKON, Kim Han Bin atau lebih dikenali sebagai B.I membuat permohonan maaf terbuka serta mengumumkan bakal meninggalkan grup tersebut setelah skandal dadahnya tersebar, hari ini…
Ketua grup iKON, Kim Han Bin atau lebih dikenali sebagai B.I membuat permohonan maaf terbuka serta mengumumkan bakal meninggalkan grup tersebut setelah skandal dadahnya tersebar, hari ini.
Dia berbuat demikian menerusi laman Instagramnya, hari ini.
“Ini adalah Kim Han Bin, pertama sekali saya ingin memohon maaf kerana terlibat dengan isu yang mengundang kritikan umum disebabkan tindakan tidak bermoral saya ini.
“Benar, ada satu masa dimana saya sangat tertekan dan tidak berada di dalam keadaan normal membuatkan saya beralih kepada sesuatu yang tidak pernah saya minat sebelum ini. Bagaimanapun, saya berasa sangat takut dan tidak sanggup untuk meneruskannya.
“Namun begitu, saya berasa sangat malu dan bersalah terhadap ahli-ahli grup saya yang ternyata sangat terluka disebabkan perbuatan saya itu.
“Saya akan belajar daripada kesilapan ini dan merancang untuk meninggalkan grup itu. Sekali lagi, saya memohon maaf kepada iKONICS dan juga ahli-ahli saya. Maafkan saya,” tulisnya.
Sebelum ini, Dispatch berkongsi teks kakao chat B.I bersama seorang individu A, orang yang menjual dadah haram itu kepadanya.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



