Mesej Kakao Terbongkar, iKON B.I Dituduh Terlibat Penyalahgunaan Dadah, Larikan Diri Dari Siasatan Polis?
Laporan media Korea Selatan, Dispatch membongkarkan mesej Kakao Talk ketua grup iKON, B.I dipercayai menunjukkan dia terlibat dalam urusan jual beli dadah…
Laporan media Korea Selatan, Dispatch membongkarkan mesej Kakao Talk ketua grup iKON, B.I dipercayai menunjukkan dia terlibat dalam urusan jual beli dadah.
Mesej itu juga dipercayai bertarikh tiga tahun lalu dan turut dikongsi umum.
Dalam perkongsian itu, melihatkan B.I bersama individu yang dikenali sebagai A apabila rapper tersebut ingin membeli dadah jenis LSD.
Perbuatan tersebut terbongkar apabila individu A ditangkap polis di sebuah premis di Seoul pada Ogos 2016 dan mendedahkan dia pernah menghantar dadah tersebut di kediaman iKON.
Selain itu, salah seorang individu yang merupakan rakan kerja A yang hanya dikenali sebagai C memberikan senarai nama penuh pembeli yang turut mempunyai nama penuh B.I iaitu Kim Han Bin.
B.I kini terlibat dengan promosi lagu duetnya bersama penyanyi Lee Hi untuk lagu No One.
Bagaimanapun, YG Entertainment menafikan tuduhan tersebut malah menjelaskan bahawa mereka sering melakukan ujian dadah setiap 2 bulan sekali ke atas artis-artis mereka.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



