Tidak Tidur Semasa ‘Flight’ Dari London Ke Seoul, RM Dedah Apa Aktiviti Jimin Buat Army Tersentuh!
Selalunya bila ada tempoh penerbangan yang panjang tentu penumpang akan menghabiskan masa dengan menonton filem ataupun tidur!..
Selalunya bila ada tempoh penerbangan yang panjang tentu penumpang akan menghabiskan masa dengan menonton filem ataupun tidur!
Namun, berbeza pula dengan ahli grup BTS, Jimin yang mempunyai cara tersendiri mengisi masa lapang di atas ‘flight’.
Baru-baru ini, dalam salah satu program VLive, ketua grup, RM mendedahkan bahawa Jimin menghabiskan masa dalam penerbangan dari London ke Seoul dengan belajar bahasa Inggeris.
RM juga turut menekankan bahawa Jimin tekun belajar sedangkan ahli-ahlinya yang lain sedang tidur kerana kepenatan dengan aktiviti luar negara mereka.
“Video ini menunjukkan bahawa Jimin sedang belajar bahasa Inggeris. Dia belajar dari mula berlepas hinggalah waktu mendarat,” katanya.
Susulan itu, Jimin menjelaskan sebab dia bersungguh-sungguh mempelajari bahasa Inggeris.
“Saya mula belajar kerana saya ingin membantu ketua grup memandangkan dia sentiasa bekerja keras sepanjang aktiviti di luar negara,” katanya.
Jimin juga turut berkongsi cara mudah dia belajar Bahasa Inggeris iaitu dengan menonton drama Boss Baby berkali-kali dan mencari makna perkataan yang tidak difahaminya.
Oh my… All the best kepada Jimin!
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



