Tiket Twicelights In Kuala Lumpur, Mula Dijual 15 Jun Ini! Jangan Lepaskan Peluang…
Pertama kali penganjur, IME mengumumkan kehadiran grup Kpop Korea Selatan, Twice ke Malaysia, kelihatan ramai Once sangat teruja dengan berita tersebut…
Pertama kali penganjur, IME mengumumkan kehadiran grup Kpop Korea Selatan, Twice ke Malaysia, kelihatan ramai Once sangat teruja dengan berita tersebut.
Malah mereka juga mendoakan agar kali ini grup yang dianggotai oleh Ji Hyo, Tzuyu, Sana, Momo, Nayeon, Mina, Dahyun, Jeongyeon dan Chaeyeon itu dapat beraksi di pentas Malaysia.
Susulan itu, pihak penganjur akhirnya mengumumkan tarikh jualan tiket yang bakal bermula Sabtu ini secara offline di Atria Shopping Gallery bermula jam 10 pagi manakala jualan online juga akan bermula hari sama pada jam 7 malam.
Untuk pengetahuan, Twice World Tour 2019 Twicelight in Kuala Lumpur bakal menemui Once Malaysia pada 17 Ogos bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil bermula jam 4.30 petang. Harga tiket bermula serendah RM388 hingga RM788.
Selain itu, pihak penganjur turut mengehadkan kuota satu orang hanya boleh membeli 6 tiket sahaja.
Antara lagu popular grup tersebut adalah Fancy, TT, Cheer Up, Signal dan banyak lagi!
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




