Konon BTS Jungkook Kantoi Bercinta, Big Hit Keluar Kenyataan Menafikan
Sebuah foto nyata membuatkan peminat BTS yang turut dikenali sebagai Army haru-biru apabila ia menunjukkan saat mesra BTS Jungkook dengan seorang wanita tidak dikenali…
Sebuah foto nyata membuatkan peminat BTS yang turut dikenali sebagai Army haru-biru apabila ia menunjukkan saat mesra BTS Jungkook dengan seorang wanita tidak dikenali.
Wanita itu kemudiannya dikenal pasti sebagai Lee Mijoo dan netizen pantas melakukan siasatan mereka. Dipercayai, Lee Mijoo mempunyai teman lelaki namun dia dan Jungkook hanyalah teman biasa.
Dalam pada itu, Big Hit juga turut mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut.
“Khabar angin yang semakin berkembang berkaitan dengan artis naungan kami iaitu Jungkook adalah tidak benar.
“Semasa dia melawat Geojedo, dia menyedari bahawa rakan-rakan tukang tattoonya turut berada di kawasan sama membuatkan dia berkeputusan untuk melepak dengan mereka.
“Kami mohon maaf kerana kehidupan peribadinya semasa sedang bercuti berakhir seperti ini. Kami kini sedang menyiasat sama ada foto tersebut diambil secara haram dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
“Sementara itu, menyebarkan berita palsu dan memfitnah artis kami juga akan berdepan dengan tindakan undang-undang,” katanya kenyataan tersebut.
Wow! Big Hit memang jaga betul ya artis mereka? Anyway… chill la gais, kalau dia nak bercinta pun apa salahnya kan?
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




