Teringin Sangat Nak Pergi Seoul Tapi Ada Halangan? Jangan Risau, Seoul Tourism Organization Bawakan Seoul Kepada Korang!
Kepada peminat-peminat Kota Seoul, ada berita baik untuk korang! Seoul Tourism Organization (STO) kini kembali dengan promosi baru yang bakal membawakan pengalaman Seoul kepada korang!…
Kepada peminat-peminat Kota Seoul, ada berita baik untuk korang! Seoul Tourism Organization (STO) kini kembali dengan promosi baru yang bakal membawakan pengalaman Seoul kepada korang!
Sebagai salah satu promosi global, STO bakal mengadakan event iaitu ‘Seoul Culture Showroom In Kuala Lumpur’ yang bakal berlangsung selama 3 hari di MyTOWN Shopping Centre bermula pada 20 hingga 22 September ini.
Event ini bertujuan untuk memberikan rakyat Malaysia pengalaman dan budaya yang bakal mereka rasai apabila melawat Seoul pada masa akan datang. Antara aktiviti yang pengunjung bakal rasai adalah mencuba pakaian Hanbok (pakaian tradisional Korea Selatan), food-tasting seperti Binggrae susu pisang di Seoul Halal Café dan juga menari lagu Kpop. Semua aktiviti ini sangatlah sesuai untuk semua lapisan umur tau.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang merebut hadiah percuma setiap kali menyertai aktiviti. Antara yang menanti korang adalah poster dan juga beg shopping khas untuk peminat Kpop.
Dalam pada itu, ole-ole dari Korea juga juga turut boleh didapati di kaunter penebusan. Macam mana nak dapatkan? Mudah sahaja, subscribe sosial media STO iaitu website (www.visitseoul.net), Instagram (visitseoul_official) dan Youtube (visitseoul).
Sementara itu, STO juga turut maklum bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam juga mempunyai informasi berkaitan dengan pengunjung muslim. Antara informasi yang turut disertakan adalah Peta Infra Seoul yang memaparkan lokasi makanan halal, kedai bebas daging babi, bilik solat dan lain-lain.
STO juga bakal menampilkan buat julung kalinya Duta Pelancong Kehormat 2019 yang bakal debut pada event tersebut.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




