Yasss! Venue Konsert iKON Bertukar Dari MIECC Ke Axiata Arena!
Konsert iKON 2023 World Tour Take Off bakal berlangsung kurang sebulan sahaja lagi. Para iKONIC memang tak sabar sangat nak lihat idol kesayangan mereka beraksi…
Konsert iKON 2023 World Tour Take Off bakal berlangsung kurang sebulan sahaja lagi. Para iKONIC memang tak sabar sangat nak lihat idol kesayangan mereka beraksi.
Melihatkan kerisauan peminat, penganjur iaitu Jojo Events dan My Events International mengambil inisiatif seperti berikut bagi memastikan para peminat puas hati semasa konsert berlangsung.
1. Penganjur bersepakat untuk tukar tempat konsert dari MIECC ke Axiata Arena
2. Ada kaunter simpanan barang disediakan.
3. Jualan official merchandise masih lagi di dalam perbincangan. Akan diupdate dalam masa terdekat.
4. Harga tiket bermula serendah RM198 untuk CAT5, RM388 untuk CAT4, RM438 untuk CAT3, RM538 untuk CAT 2, RM838 untuk CAT 1, RM1038 untuk tiket Hi-Bye dan RM1088 untuk tiket Soundcheck.
5. Itinerari pada hari konsert. Seawal 11am, pemegang tiket CAT 1 boleh menebus tiket mereka. Jam 3PM pula, pagar dibuka untuk pemegang tiket soundcheck. Jam 5PM, pagar dibuka untuk semua. Konsert berlangsung dari jam 8-10PM dan 10PM keatas pula gambar grup dan Hi-Bye.
6. Air disediakan di dalam dewan konsert supaya peminat kekal hidrat.
7. Penganjur akan memohon lebih banyak benefit untuk soundcheck. Semoga ada lah rezeki.
8. Pemegang Soundcheck akan dapat bento (ihsan penganjur)
9. Akan ada promo kod untuk peminat nanti. Stay tuned!
10. Hand banner bersaiz A4 dibenarkan.
Konsert ini bakal berlangsung pada 22 Julai. Kali terakhir iKON beraksi di pentas Malaysia adalah pada tahun 2018.
Baca juga.
Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…
“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…
May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…





