Park Seo Joon Akhirnya Buka Mulut Isu Bercinta?
Pelakon, Park Seo Joon akhirnya buka mulut memberikan komen mengenai kisah cintanya yang hangat diperkatakan sejak semalam…
Pelakon, Park Seo Joon akhirnya buka mulut memberikan komen mengenai kisah cintanya yang hangat diperkatakan sejak semalam.
Katanya, walaupun walaupun dia bersyukur apabila namanya disebut-sebut namun begitu dalam situasi berkenaan dia berasa tidak selesa.
“Saya tahu mengenai berita tersebut agak lewat semalam. Perkara pertama yang datang bila tahu adalah ‘Wah, banyaknya perhatian yang saya dapat’.
“Saya terfikir jugak patutnya saya rasa bersyukur dengan segala perhatian yang saya dapat ni.
“Bagaimanapun, dalam situasi yang saya hadapi ini. Saya sedikit tertekan sebab ini melibatkan kehidupan peribadi saya dan susah untuk saya berikan apa-apa komen kerana ia adalah mengenai kehidupan saya,” katanya ketika sidang media filem Concrete Utopia.
Tambahnya lagi, dia memohon agar orang ramai memberikan lebih perhatian berkaitan dengan penglibatannya di dalam filem tersebut.
“Ini merupakan debut rasmi saya untuk filem Concrete Utopia jadi saya mohon, tolong berikan perhatian yang sama banyak untuk filem ini,” katanya lagi.
Semalam, media Korea Selatan melaporkan Park Seo Joon atau nama sebenarnya Park Yong Kyu bercinta dengan Youtuber terkenal, XOOOS atau nama sebenarnya Kim Soo Yeon.
Malahan, netizen juga berjaya menemui bukti mengatakan kedua- dua mereka itu bercinta.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



