Kim Sejeong Tutup Khabar Angin Konon Dia Ke Jepun Dengan Ahn Hyo Seop
Baru-baru ini kecoh di laman media sosial apabila peminat membuat spekulasi bahawa pelakon, Kim Sejeong dan Ahn Hyo Seop bercuti ke Jepun bersama-sama…
Baru-baru ini kecoh di laman media sosial apabila peminat membuat spekulasi bahawa pelakon, Kim Sejeong dan Ahn Hyo Seop bercuti ke Jepun bersama-sama.
Ini berikutan gambar yang dimuat naik pelakon drama Business Proposal itu seakan-akan diambil di tempat yang sama. Malah, menguatkan lagi andaian netizen apabila Ahn Hyo Seop memadam foto dia di Jepun sebelum memuat naik keesokan harinya.
Susulan itu, Kim Sejeong mengambil keputusan untuk memberikan respon terhadap khabar angin tersebut apabila dia menceritakan hal sebenar di semasa Live di Weverse.
“Ada khabar angin mengatakan yang saya ke Jepun dengan oppa, kenapa saya pergi sana dengan oppa? Untuk pengetahuan korang semua, kawan yang saya maksudkan adalah kawan baik saya dan juga abang saya. Merekalah orang yang saya pergi Jepun,” jelasnya.
Penjelasan tersebut membuatkan ramai peminat berpuas hati.
Dalam pada itu, Sejeong bakal muncul dalam drama Uncanny Encounter musim kedua pada hujung Jun ini.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



