Walaupun Tidak Sihat, Woodz Tetap Berikan Persembahan Yang Luar Biasa!
Konsert jelajah sulung Woodz, 2023 WOODZ WORLD TOUR OO-LI IN KUALA LUMPUR berlangsung dengan meriah pada Ahad lalu bertempat di Zepp, Kuala Lumpur…
Konsert jelajah sulung Woodz, 2023 WOODZ WORLD TOUR OO-LI IN KUALA LUMPUR berlangsung dengan meriah pada Ahad lalu bertempat di Zepp, Kuala Lumpur.
Konsert tersebut bermula pada jam 6 petang di mana Woodz membuka pentas dengan lagu Busted. Berpakaian serba hitam, Woods atau nama sebenarnya Cho Seung Youn tidak menghampakan dari segi vokal.
Namun, ketika memberikan ment pertama, dia meminta maaf pada peminat kerana kesihatannya tidak berada dalam kondisi yang baik.
“Saya sangat teruja untuk bertemu dengan Moodz Malaysia tapi saya harus meminta maaf kerana kesihatan saya hari ini tidak baik.
“Semalam apabila tiba saya okay, tapi pagi tadi (Ahad) bila saya bangun tidur saya rasa tidak sihat. Jadi saya nak minta maaf dahulu pada anda semua. Saya akan cuba bagi yang terbaik untuk anda semua malam ini,” katanya kepada hampir 2,000 peminat yang hadir.
Walaupun tidak sihat, Woodz tidak segan-silu untuk ber-flirting dengan para peminat yang hadir. Ternyata dia seorang idol yang versatil kerana bukan sahaja boleh menyanyikan lagu rock, balada malah menari pun ons jugak!
Dia juga memberikan fan-servis yang tip-top apabila membaca semua banner yang dibawa peminat. Malah, nyanyian “Hari Jadi” turut berkumandang buat Moodz yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada hari itu.
Selain itu, Woodz juga memberi kejutan apabila menyanyikan lagu Hype Boy oleh New Jeans dan Luar Biasa oleh Ismail Izzani. Dia juga dengan senang hati menyanyi kedua-dua lagu tersebut sekali lagi apabila diminta oleh peminat.
Sebelum menyanyikan lagu ‘Drowning’, Woodz sempat memohon maaf kepada peminat sekali lagi.
“Walaupun saya akan mati ketika menyanyikan lagu ini, tapi saya akan cuba yang terbaik untuk anda semua,” katanya. Dia kemudiannya memberikan persembahan yang sangat memukau malah ada part di mana Moodz menyanyi beramai-ramai lagu tersebut.
Di penghujung konsert, Woodz berjanji akan kembali ke Malaysia dengan kesihatan yang lebih baik. Malah dia juga sempat mengingatkan peminat agar sentiasa Sihat (Healthy), Ceria (Happy) dan Sayang Sendiri (Love Yourself).
Baca juga.
Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…
“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…
May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…





