Woodz Teruja Nak Rasa Nasi Lemak di Malaysia!
Idol, Woodz berkongsi keterujaannya untuk merasai makanan ikonik rakyat Malaysia iaitu Nasi Lemak…
Idol, Woodz berkongsi keterujaannya untuk merasai makanan ikonik rakyat Malaysia iaitu Nasi Lemak.
Pada mulanya dia mengatakan hasrat untuk merasa nasi goreng namun ingin turut merasai makanan nasi lemak setelah disyorkan peminat.
“Saya ke sini dari Indonesia. Di sana saya ada rasa nasi goreng. Apabila diberitahu yang kat Malaysia ada nasi goreng tersendiri. Saya teringin nak rasa.
“Oh, apa itu nasi lemak? Oh, jika sempat saya nak rasa jugak!” katanya ketika sidang media konsert sulungnya di Malaysia, semalam.
“Konsert ini sedikit personal untuk diri saya. Ia berkaitan dengan kisah hidup dan apa yang telah saya lalui selama ini.
Dalam pada itu, Woodz turut berkongsi persediaannya untuk bertemu peminat esok.
“Sebab itu saya tak sabar nak jumpa peminat. Mungkin akan ada surprise untuk mereka? Siapa tahu. Tunggu saja esok (hari ini),” kongsinya lagi.
Woodz bakal beraksi di Zepp, Kuala Lumpur hari ini untuk konsert jelajahnya dan dibawakan oleh iMe.
Baca juga.
Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…
“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…
May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…





