Konsert Lebih 3 Jam, Hadiah IU Kepada KUAENA. Daebak!
Semalam, berlangsungnya konsert IU Love Poem In Malaysia sebagai penutup tirai tahun 2019…
Semalam, berlangsungnya konsert IU Love Poem In Malaysia sebagai penutup tirai tahun 2019.
Konsert yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil sepatutnya bermula pada jam 7 petang namun sebagai menghormati azam Maghrib maka ia dimulakan sedikit lewat.
Dipercayai, peminat IU atau lebih dikenali sebagai KUAENA sudah berada di pekarangan stadium sejak tengah hari lagi.
Saat pertama kali penyanyi itu muncul di atas pentas, peminat nyata teruja dengan kehadirannya yang sangat cantik memakai gaun menyanyikan lagu Unlucky dan Pallete.

Sepanjang lebih 3 jam konsert berlangsung, IU banyak berinteraksi dengan peminat malah mengakui gementar untuk bertemu dengan KUAENA buat pertama kalinya.
“Ini kali pertama saya bertemu dengan KUAENA, jadi saya pastikan untuk berpakaian cantik untuk kalian semua.
“Lihatlah, saya pun turut pakai hiasan rambut ni untuk anda semua. Cantik tak?” soalnya.
Selain itu, IU turut memuji cuaca di Malaysia serta cuba bertutur dalam Bahasa Melayu demi KUAENA.
“Selalunya kita akan lihat satu jenis cuaca sahaja iaitu sama ada panas atau hujan. Tapi, di Malaysia, saya terkejut sebab sekejap panas, sekejap hujan. Lepas tu, tukar lagi.
“Saya cemburu dengan cuaca kat Malaysia. Terbaik,” katanya lagi.
Dalam pada itu, IU turut mendendangkan lagu-lagu hitsnya seperti Blueming, Love Poem, Bbibbi, You & I serta Good Day.

Malah, IU turut merealisasikan permintaan peminat sewaktu encore dan menyanyikan lagu pilihan mereka.

No wonderlah boleh sampai 3 jam lebih!
Apa-apapun, konsert 3 jam tersebut tidak terasa apabila IU berjaya membawa pelbagai emosi sewaktu konsert itu. Gembira, sedih, gelak-tawa semua ada.
Di akhir konsert, IU sempat bagi memuji fanchant KUAENA yang terbaik dan berjanji akan datang lagi ke Malaysia.
IU Love Poem In Malaysia dibawakan oleh Galaxy Group.

Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






