“Sorry”- Dah Kenapa IU Minta Maaf Pada KUAENA?
Penyanyi, IU memuat naik status di laman Instagramnya, hari ini meminta maaf kepada semua peminat di Malaysia…
Penyanyi, IU memuat naik status di laman Instagramnya, hari ini meminta maaf kepada semua peminat di Malaysia.
Eh, dah kenapa?
Rupa-rupanya, penyanyi lagu Bbibbi itu rasa bersalah kerana tidak dapat mengikuti permintaan peminat yang turut dikenali sebagai KUAENA menyanyikan lagu ‘Heart’ di konsertnya, semalam.
“KUAENA, anda semua sedih kerana saya tidak menyanyikan lagu Heart. Saya nak habiskan konsert dengan kegembiraan seba itu saya nyanyi lagu ‘Haru Keut’.
“Maaf, nanti kalau saya datang lagi kita nyanyi sama-sama okay,” tulisnya.
Sementara itu, IU kelihatan begitu gembira di konsert semalam dan banyak kali memuji KUAENA.
“Korang memang terbaik, sangat bagus, ‘behave’, tahu bagaimana nak berseronok,” pujinya.
Malah, ketika ‘encore’ kelihatan KUAENA bergurau dengan IU dan penyanyi itu turut melayan gurauan tersebut.

Wow! Tak sabar rasanya untuk IU kembali ke Malaysia kan?
Konsert IU Love Poem In Malaysia berlangsung pada 21 Disember 2019 bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil dan dibawakan oleh Galaxy Group.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






