Tiada Lagi X1!
Selepas terpalit dengan kontroversi hujung tahun lalu, peminat grup X1 terpaksa menerima hakikat dengan pengumuman pembubaran kumpulan itu, hari ini…
Selepas terpalit dengan kontroversi hujung tahun lalu, peminat grup X1 terpaksa menerima hakikat dengan pengumuman pembubaran kumpulan itu, hari ini.
Grup itu merupakan kumpulan yang lahir daripada program Produce X 101 dibubarkan setelah 5 bulan berada di dalam industri.
Perkara tersebut disahkan oleh agensi ahli-ahlinya serta kenyataan daripada pihak CJ ENM sendiri.
“Hai ini adalah Play M Entertainment, Yuehua Entertainment, TOP Media, OUI Entertainment, MBK Entertainment, Woollim Entertainment, DSP Media, Starship Entertainment, dan Brand New Music.
“Setiap agensi mahu mencapai kata putus namun gagal. Oleh itu, dengan berat hati kami memutuskan untuk membubarkan X1,” tulis kenyataan daripada para agensi.
“Hello, ini adalah CJ ENM. Kami berusaha untuk supaya X1 dapat terus berada di dalam industri namun disebabkan gagal mendapatkan kata putus dengan agensi, kami terpaksa akur dengan keputusan mereka.
“X1 akan dibubarkan. Terima kasih,” tulis kenyataan itu.
Grup tersebut berehat seketika daripada dunia hiburan setelah skandal membabitkan program iaitu penipuan undi mendapat perhatian media.
Sepatutnya, grup tersebut ‘comeback’ pada hujung November lalu namun membatalkan hasrat tersebut.
Sumber: Koreaboo
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






