Konsert Super Junior D&E Di Kuala Lumpur, Bulan Depan! Tiket Mula dijual Esok
Berita baik kepada Elf apabila sub grup Super Junior iaitu Donghae dan Eunhyuk bakal ke Malaysia untuk konsert pada bulan depan…
Berita baik kepada Elf apabila sub grup Super Junior iaitu Donghae dan Eunhyuk bakal ke Malaysia untuk konsert pada bulan depan.
Konsert Super Junior-D & E Concert (The D& E in Kuala Lumpur bakal berlangsung pada 4 Mei, bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.
Untuk pengetahuan, tiket mula dijual esok di Sunway Velocity Mall di tingkat 5 (commune) bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.
Bagaimanapun, peminat dihadkan membeli sebanyak 8 tiket seorang.
Sementara itu, jualan tiket online bakal bermula pada 14 April jam 10 pagi menerusi https://premier.ticketcharge.com.my.
Dibawakan oleh MIC Entertainment, harga tiket adalah serendah RM 238 sehingga RM688. Setiap pembelian turut mempunyai caj pembelian sebanyak RM 4.
Apa-apapun, serius tak sabar nak melihat oppa-oppa kita beraksi di atas pentas Malaysia kan?
Dah lama tak lihat mereka di Malaysia. Tapi, terima kasih juga kepada penganjur yang membawa mereka ke Malaysia!
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



