SHINee Minho Kini Bergelar Askar Marin?
Ahli grup SHINee, Minho melapor diri sebagai askar marin hari ini…
Ahli grup SHINee, Minho melapor diri sebagai askar marin hari ini.
Menurut laporan media tempata, idol dan pelakon tersebut diterima ke dalam ‘Marine Corps’ bulan lalu sekaligus memecahkan rekod artis pertama yang diterima ke dalam bahagian tersebut.
Selain itu, dia juga merupakan ahli ketiga yang memasuki askar di dalam grupnya selepas Onew dan Key. Hanya maknae, iaitu Taemin yang masih belum berdaftar menyertai askar.
Dilaporkan, pusat latihan marin yang disertai Minho terletak di Pohang, utara Gyeongsang. Dilihat, Minho sempat memberikan penghargaan kepada peminat yang hadir untuk menghantar pergi.
Untuk pengetahuan, semua lelaki warganegara Korea Selatan diwajibkan menyertai askar selama 2 tahun sebagai latihan khidmat negara mereka. Perkara ini juga turut tidak dikecualikan kepada para selebriti.
Sumber: Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



