Polis Mohon Waran Tangkap Untuk Seungri
Polis Seoul kini memohon waran tangkap untuk bekas ahli Big Bang, Seungri setelah bukti transaksi dia mebayar wanita yang terlibat dengan ‘adult industry’ dan ‘pelacuran’ ditemui. Menerusi laporan media, Seungri mengajak lapan orang wanita tersebut semasa menyambut hari lahirnya di Filipina bersama
Polis Seoul kini memohon waran tangkap untuk bekas ahli Big Bang, Seungri setelah bukti transaksi dia mebayar wanita yang terlibat dengan ‘adult industry’ dan ‘pelacuran’ ditemui.
Menerusi laporan media, Seungri mengajak lapan orang wanita tersebut semasa menyambut hari lahirnya di Filipina bersama testimoni daripada para wanita tersebut bahawa mereka tidak akan melakukan seks dengan mana-mana pelabur di situ serta itu semua ada dengan kerelaan mereka sendiri.
Dalam pada itu, polis juga percaya bahawa segala perbelanjaan mereka ke situ ditanggung sepenuhnya serta pihak polis juga turut menyiasat sumber asal jumlah sebanyak lebih $500 ribu yang dibelanjakan Seungri untuk partinya itu.
Selain disabit dibawah kesalahan penglibatan terhadap pelacuran, Seungri juga bakal berdepan dengan kesalahan seperti menyebarkan foto dan video secara haram, lari daripada membayar cukai, penyelewengan dan melanggar Akta Sanitasi makanan.
Selain Seungri, polis juga turut memohon waran tangkap untuk Yoo In Suk.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



