Kontrak Seungri Bersama YG Entertainment Ditamatkan Serta-Merta
Selamat Tinggal Seungri!..
Selamat Tinggal Seungri!
Kontrak eksklusif ahli Big Bang, Seungri bersama agensi, YG Entertainment ditamatkan, hari ini.
Menerusi satu kenyataan rasmi, YG menjelaskan bahawa mereka menghormati keputusan Seungri untuk bersara daripada dunia hiburan dan menamatkan kontrak tersebut.
“Bermula daripada skandal kelab malam tersebut, Seungri memohon maaf kepada semua yang risau akan perkara tersebut.
“Selepas Seungri mengumumkan persaraannya baru-baru inu, YG mengambil keputusan untuk mengikuti permintaan Seungri tersebut.
“Sebagai syarikat pengurusannya, kami mengakui tidak menjaga artis kami dengan baik dan akan belajar daripada insiden ini.
“Kami sedar bahawa YG memerlukan pembaharuan dan akan berusaha memperbaiki keadaan ini,” kata kenyataan tersebut.
Selain Seungri, aktor Jung Joon Young juga turut ditamatkan kontrak setelah mengaku bersalah terlibat dengan kesalahan seksual melibatkan wanita.
Sumbe: Koreaboo
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



