“Tolong Pujuk Seungri,”- Permintaan VIP Antarabangsa Pada G-Dragon
Isu ahli grup Big Bang, Seungri masih lagi hangat diperkatakan…
Isu ahli grup Big Bang, Seungri masih lagi hangat diperkatakan.
Apatah lagi, setelah Seungri mengumumkan bersara daripada dunia hiburan menerusi satu kenyataan di laman Instagramnya.
Susulan itu, kelihatan ramai VIP (peminat Big Bang) meninggalkan komen di Instagram ketua grup Big Bang, G-Dragon supaya memujuk Seungri.
Dalam pada itu, ada juga yang memberikan kata-kata semangat buat penyanyi lagu Crooked itu.
Untuk pengetahuan, GD kini sedang menjalankan tanggungjawabnya berkhidmat untuk ketenteraan negara Korea Selatan dan bakal tamat tahun ini.
Sementara itu, rakyat Korea Selatan juga terang-terangan menunjukkan perasaan marah mereka terhadap Seungri hingga membuat petisyen agar dia dikeluarkan daripada Big Bang.
Ini kerana pesalah seksual sangatlah tidak diterima di negara tersebut.
Sumber: IG
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



