Tidak Perbaharui Kontrak, EXO, D.O Bakal Tinggalkan SM Entertainment?
Salah seorang ahli EXO, D. O dikhabarkan tidak akan memperbaharui kontrak bersama agensinya, SM Entertainment…
Salah seorang ahli EXO, D. O dikhabarkan tidak akan memperbaharui kontrak bersama agensinya, SM Entertainment.
Menurut laporan media tempatan, baik D.O atau nama sebenarnya Do Kyungsoo dan SM tidak dapat mencapai kata sepakat dalam kontrak baru ini.
Sumber memberitahu bahawa D.O merupakan satu-satunya ahli yang tidak akan memperbaharui kontraknya.
“Baru-baru ini, semua ahli EXO kecuali Dk Kyung So bersetuju untuk memperbaharui kontrak mereka.
“Bagaimanapun, hingga ke saat akhir, dia (D.O) berkeputusan untuk tidak perbaharui kontrak setelah berdepan dengan perbincangan dan rundingan yang rumit,” kata sumber.
Grup yang debut pada tahun 2011 itu turut dianggotai oleh Suho, Xiumin, Chen, Lay, Baekhyun, Chanyeol, Sehun dan Kai.
Bagaimanapun, SM mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




