“Korang Ni Comel Lah!” – Bam Bam Terharu Sambutan Hangat Ahgase Di Kuala Lumpur
Semalam pasti menjadi satu kenangan manis buat ribuan peminat GOT7 berikutan konsert solo salah seorang ahli grup tersebut iaitu Bam Bam di Kuala Lumpur!…
Semalam pasti menjadi satu kenangan manis buat ribuan peminat GOT7 berikutan konsert solo salah seorang ahli grup tersebut iaitu Bam Bam di Kuala Lumpur!
Konsert 2023-2024 Bam Bam The 1st World Tour <Area51> yang berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza itu menyaksikan peminat bukan sahaja dari Malaysia malah juga dari negara jiran yang hadir memberikan sokongan dan melepaskan rindu mereka pada Bam Bam.

K-Variety Malaysia ingin berterima kasih pada penganjur iaitu iME kerana menjemput kami untuk menyaksikan konsert yang penuh bertenaga dari Bam Bam. Susulan itu, jom kita tengok momen-momen best konsert semalam.
Bam Bam excited dapat kembali ke Malaysia! Dia juga sempat meminta maaf kerana terpaksa membatalkan konsert GOT7 sebelum ini. Bagaimanapun dia berjanji untuk kembali semula ke Malaysia selepas ini dengan ahli-ahli GOT7 yang lain.
“Rasanya last saya datang Malaysia empat ke lima tahun lepas, saya juga nak minta maaf pada ahgase (fandom GOT7) sebab last minute cancel konsert GOT7.
“Saya janji akan cuba datang dengan ahli GOT7 yang lain. Tapi kena tunggu JB dan Jinyeong keluar ARMY dulu,” katanya.

Betul lah kata orang, second gen kpop idol ni lain macammm! Bam Bam memberikan persembahan yang mantap di atas pentas! Tak berkelip ya mata bila tengok dia buat sexy dance! Malah, Bam Bam sendiri turut bertanya respon peminat setelah berbuat demikian.
“Ramai orang cakap saya dah tak cute (comel) lepas tengok konsert solo saya, apa pendapat korang,” soalnya pada peminat.

Sepatutnya, Bam Bam kena pilih 10 orang peminat bertuah untuk bergambar di belakang pentas dengannya, namun dia pilih extra 11 orang lagi, jadi total peminat yang dapat bergambar dengannya adalah 21 orang.
Tidak cukup itu, dia sempat cakap yang ahgase Malaysia sangat cute bila masing-masing muka penuh berharap untuk dipilih bergambar dengannya.
“Korang ni cute lah! Dan, macam mana korang semua boleh faham Bahasa Korea? (Cakap dalam bahasa Korea) Korang semua faham ke apa yang saya cakap ni?” soal Bam Bam dan nyata dia terkejut bila peminat membalas soalan tersebut.
Fan-service yang diberikan Bam Bam memang terbaiklah. Dia sempat berborak dengan peminat-peminat di bahagian RockZone malah, seorang peminat bertuah dapat baju yang dipakainya pada malam itu. Kalau min, dah pengsan dah kot!

Pada malam itu, Bam Bam menyanyikan lagu Pulang nyanyian asal oleh kumpulan Insomniacks sebanyak 2 kali!
“Lagu ni dah sedap, takkan nak nyanyi sekali je kan? Korang nak tak saya nyanyi lagu ni sekali lagi? Tapi korang kenalah nyanyi sama-sama tau! Yang first tadi tak dengar,” katanya.

Ketika encore, Bam Bam melakukan kejutan apabila dia turun dari pentas untuk berada lebih dekat dengan peminat.
“Saya pakai sarung tangan sebab nak hi touch dengan Ahgase semua. Saya tak boleh lah, tengok korang semua cute sangat, saya kenalah turun pentas,” katanya lagi.
Semua peminat yang hadir pada malam itu dapat sesi hi touch dengan Bam Bam, dia juga sangat sabar melayan semua peminat yang ingin berbiacara dengannya. Best night ever!
“Saya janji dengan korang, akan kembali semula ke Malaysia! Terima kasih untuk malam yang best ini. Kita jumpa lagi!” katanya sebelum mengakhiri konsert.

Baca juga.
Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…
“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…
May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…








