“Terima Kasih Blinks Kerana Menyinari ‘Our 20’s’, Blackpink Forever!” -Blackpink
Semalam, berlangsung sudah hari terakhir Konsert Encore Born Pink World Tour Finale yang bertempat di Gocheok Dome, Seoul…
Semalam, berlangsung sudah hari terakhir Konsert Encore Born Pink World Tour Finale yang bertempat di Gocheok Dome, Seoul.
Ramai sebenarnya yang nervous sebab katanya akan ada satu pengumuman penting yang ingin disampaikan oleh kesemua ahli Blackpink iaitu Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa kepada semua peminat yang turut dikenali sebagai Blinks.
Dalam pada itu, terdapat berita kemungkinan yang Lisa tidak akan memperbaharui kontrak eksklusifnya dengan agensi pengurusannya iaitu The Black Label. Justeru ramai berpendapat konsert jelajah ini bakal jadi yang terakhir buat Blackpink dan juga Blinks.

Bagaimanapun, di penghujung konsert… kesemua ahli Blackpink melahirkan rasa terharu dan penghargaan mereka kepada semua Blinks yang setia bersama mereka sejak awal debut hinggalah sekarang.
“Terima kasih kepada semua Blinks kerana sebab korang semua, kami dapat membuat persembahan di atas pentas yang pelbagai, di seluruh dunia.
“Terima kasih juga pada peminat sebab kekal setia dengan kami walaupun dalam keadaan cuaca yang tak menentu dan yang paling penting, terima kasih sebab menyinari umur 20-an kami!” kata Lisa.

“Aaaa comelnyaaaa,” kata Jisoo selepas Lisa mengakhiri ucapannya pada malam itu.
“Kami akan terus berusaha untuk jadi amazingggg untuk korang semua!” tambah Jennie pula.

Dalam pada itu, Rose sempat mengatakan bahawa walaupun konsert jelajah ini telah pun melabuhkan tirainya, namun memori yang dicipata adalah selamanya.
“Walaupun ini adalah konsert terakhir, tapi rasa macam memori ini adalah untuk selamanya. Saya sangat gembira,” kata Rose pula.

Dan semestinya, terima kasih Blackpink kerana menceriakan hari Blinks!
Baca juga.
Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…
“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…
May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…








