Terjatuh Cinta Dengan Watak Roronoa Zoro Dalam Siri One Piece LIVE Action? Ni Fakta Menarik Dia…
Sekarang ni di siri adaptasi manga One Piece mendapat banyak perhatian ramai di seluruh dunia. Selalunya kalau LIVE Action ni, peminat manga mesti tak minat, tapi lain pulak jadinya dengan siri ini…
Sekarang ni di siri adaptasi manga One Piece mendapat banyak perhatian ramai di seluruh dunia. Selalunya kalau LIVE Action ni, peminat manga mesti tak minat, tapi lain pulak jadinya dengan siri ini.
Ramai peminat manga yang sangat berpuas hati dengan pemilihan pelakon utama One Piece, namun tentunya yang menarik perhatian ramai adalah watak Roronoa Zoro yang dibawakan oleh Mackenyu Arata.
Nak tahu lagi tak fakta menarik tentang Mackenyu? Jom tengok di bawah:
Dilahirkan sebagai Mackenyu Maeda
Sebelum menggunakan nama Mackenyu Arata, dia dilahirkan sebagai Mackenyu Maeda. Anak kepada pelakon dan artis martial arts terkenal, Sonny Chiba. Dia juga mempunyai adik lelaki yang turut berkecimpung dalam dunia seni iaitu, Gordon Maeda.

Fasih berbahasa Inggeris
Mesti pelik kan macam mana Mackenyu ni fasih berbahasa Inggeris, sebab dia dilahirkan di Los Angeles, California.

One Piece bukan adaptasi Manga pertamanya
Wow, kalau tengok rekod Mackenyu ni, banyak juga LIVE action manga yang dia dah berlakon. Antaranya adalah, Jojo’s Bizarre Adventure: Diamond Is Unbreakable Chapter I (2017), Tokyo Ghoul S (2019), Rurouni Kenshin: The Final dan Knights of the Zodiac.

Bersahabat baik dengan Chanyeol (EXO)
Foto Mackenyu bersama dengan EXO Chanyeol dan kemudiannya dengan semua ahli EXO mendapat perhatian ramai. Psstt.. dia pun ada suara yang sedap tau!

Sebab utama nak jadi pelakon: Haruma Miura!
Ketika berumur 15 tahun, Mackenyu menonton satu filem Jepun seterusnya membuatkan dia ingin mengejar cita-cita dalam bidan lakonan. Dia akhirnya mendedahkan pelakon yang memberinya inspirasi adalah mendiang Haruma Miura. Malah, bagaikan impian menjadi kenyataan, Mackeyun sempat bergandingan dengan Haruma Miura dalam filem adaptasi Gunjo Senki.

Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak?
Pada Ogos 2023, Mackenyu mendedahkan bahawa dia telah berkahwin dengan teman wanita bukan selebriti dan dipercayai mempunyai seorang anak perempuan. Namun begitu, perkara tersebut tidak pernah disahkan oleh pelakon tersebut.

Baca juga.
Wajah Persis Chanyeol, Buatkan Ramai Beralih Ke C-Drama Hidden Love?
Tahun ini boleh dikatakan banyak jugak C-drama yang best-best!..
Babak Kdrama Mana Yang Paling Sedih?
Drama Korea semakin mendapat sambutan di Malaysia. Malah platform seperti Netflix dan Disney+ juga semakin banyak menghasilkan content original bagi menarik penonton…
‘Pulau Neraka Bumi’- Filem Battleship Island Diadaptasi Dari Tempat Sebenar?
Filem Battleship Island sebenarnya dah lama dah keluar kat wayang. Tapi ia kembali mendapat sambutan sebab baru keluar balik kt Neftlix…








