Korea Utara Tembak Peluru Berpandu Ke Jepun, Penduduk Disaran Ambil Langkah Berjaga-Jaga
Amaran ‘J Alert’ telah dikeluarkan di wilayah Hokkaido dan Aomori di mana penduduk disarankan untuk mencari perlindungan manakala semua pengangkutan awam dihentikan buat sementara waktu…
Amaran ‘J Alert’ telah dikeluarkan di wilayah Hokkaido dan Aomori di mana penduduk disarankan untuk mencari perlindungan manakala semua pengangkutan awam dihentikan buat sementara waktu.
Itulah yang terjadi berikutan tembakan peluru berpandu Korea Utara yang melintasi ruang udara Jepun sebelum jatuh ke lautan pasifik awal pagi tadi.
Ini juga merupakan kali pertama peluru berpandu itu melepasi ruang udara Jepun selepas kali terakhir pada tahun 2017.
Memetik The Guardian, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut dan mengatakan akan berbincang sama ada tindakan selanjutnya bakal diambil.
“Tindakan Korea Utara adalah keterlaluan. Kami akan mengumpul semua maklumat dan berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara sebelum membuat keputusan lanjut.
Sementara itu, Presiden Korea Selatan, Yoon Seok Yeol memberi amaran bakal memberikan tindak balas yang tegas sekiranya tidak mendapat respon mengenai insiden tersebut.
“Talian hotline Korea Utara dan Korea Selatan tidak mendapat respon daripada mereka. Kami akan meminta mereka memberi penjelasan rapi mengenai provokasi nukleur yang melulu ini,” katanya.
Setakat ini, tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






