Tidak Professional & Tidak Matang – Ini Panggilan ARMY Pada DJ iHeartRadio
Penyampai Stesen Radio iHeartRadio, Brian Grimes berdepan dengan kecaman peminat BTS atau lebih dikenali sebagai ARMY setelah dia menggelar mereka sebagai ‘BTS Nerd’…
Penyampai Stesen Radio iHeartRadio, Brian Grimes berdepan dengan kecaman peminat BTS atau lebih dikenali sebagai ARMY setelah dia menggelar mereka sebagai ‘BTS Nerd’.
Dia berbuat demikian menerusi satu tweet di laman Twitter miliknya berikutan ramai dianatara mereka sering meminta penyampai radio itu lagu ‘Left and Right’ yang dinyanyikan oleh Charlie Puth dan BTS Jungkook.
“Saya bersumpah jika #BTSARMY tak berhenti spam stesen radio dan suruh kitorang mainkan lagu ‘Left and Right’ saya akan pastikan yang lagu itu TAK AKAN dimainkan lagi. Saya dah lah minat Charlie Puth,” tulisnya.
Susulan itu, ramai ARMY meluahkan rasa marah dan menganggap bahawa penyampai radio itu tidak matang dan tidak professional.
Malah, seorang peminat berkongsi DM peribadi antara dirinya dan penyampai radio tersebut. Dipercayai, dia menerima ugutan daripada ARMY.



ARMY juga meminta agar stesen iHeartRadio mengambil tindakan terhadap Brian Grimes namun setakat ini tiada respon dari mereka.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






